
Pengenalan Tahfiz Wardatul Iman
TAHFIZ WADRDATUL IMAN diasaskan pada tahun 2021
di Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang Terengganu. Tujuan tahfiz ini diwujudkan adalah untuk melahirkan pelajar pelajar yang cekal dalam berhadapan dengan segala halangan. Oleh kerana COVID-19, pembinaan bangunan asas terpaksa d hentikan. Selepas tamat PKP, pihak tahfiz terus memulakan semula pembinaan bangunan
Alhamdulillah, sekarang pembinaan sedang rancak berjalan. Pihak tahfiz menjangkakan pada Julai 2022, pelajar muslimat akan mula boleh berpindah ke bangunan baru.
Untuk makluman semua, pada masa sekarang, pihak madrasah sudah memulakan pengajian tahfiz dengan menyewa sebuah rumah di Kampung Paloh di Kuala Terengganu. Tujuan pihak tahfiz mewujudkan sebuah tahfiz banat(muslimat) di Hulu Kuala Berang ialah kerana belum ada lagi kewujudan pusat pengajian tahfiz di sana.
Wardatul Iman dibina di atas sebidang tanah yang telah diinfakkan oleh seorang hamba Allah. Pihak tahfiz sedang menyiapkan dua bangunan untuk kegunaan pelajar dan pengurusan.
Perkembangan madrasah tahfiz cukup dinanti-nantikkan bagi warga Kuala Berang dan sekitarnya. Keberadaan pelajar di Tahfiz Wardatul Iman cukup ceria dalam menghafaz Al-Quran. Apabila berpindah ke bangunan baharu, ia diharapkan akan memantapkan lagi program hafazan kerana segala kelengkapan untuk pelajar tersedia dari sudut pembelajaran dan juga aktiviti riadah.
