TAHFIZ WADRDATUL IMAN diasaskan pada tahun 2021 di Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang Terengganu. Tujuan tahfiz ini diwujudkan adalah untuk melahirkan pelajar pelajar yang cekal dalam berhadapan dengan segala halangan. Oleh kerana COVID-19, pembinaan bangunan asas terpaksa d hentikan. Selepas tamat PKP, pihak tahfiz terus memulakan semula pembinaan bangunan

Alhamdulillah, sekarang pembinaan sedang rancak berjalan. Pihak tahfiz menjangkakan pada Julai 2022, pelajar muslimat akan mula boleh berpindah ke bangunan baru.

Untuk makluman semua, pada masa sekarang, pihak madrasah sudah memulakan pengajian tahfiz dengan menyewa sebuah rumah di Kampung Paloh di Kuala Terengganu. Tujuan pihak tahfiz mewujudkan sebuah tahfiz banat(muslimat) di Hulu Kuala Berang ialah kerana belum ada lagi kewujudan pusat pengajian tahfiz di sana.

Pihak TAHFIZ WARDATUL IMAN amat memerlukan sumbangan anda.

Bagaimana Sumbangan Digunakan?

Sumbangan akan digunakan untuk pembangunan thafiz secara amnya. Perinciannya adalah seperti berikut

  • Pembinaan Bangunan Baru – Bangunan meliputi bangunan pelajar, asrama, kantin, rumah guru dan tandas serta tar jalan
  • Perabot & Peralatan – Kos pembelian alat bantu mengajar seperti kitab, rehal, meja, kerusi, air cond dan sebagainya.
  • Van Pelajar – Pembelian sebuah van baru untuk memudahkan pengangkutan para pelajar.
  • Utiliti – Kos utiliti seperti bil elektrik dan bil air setiap bulan.
  • Pengurusan – Servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar.

Berapa Dana Diperlukan?

Pihak TAHFIZ WARDATUL IMAN pada masa ini berada di FASA 1 untuk Pembinaan Bangunan Baharu yang meliputi bilik guru, asrama, pejabat dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan. InsyaAllah.

Dana yang diperlukan ialah 650,000.00.

Pecahan terperinci ialah seperti berikut:

✅ Bangunan sekolah : RM 250,000.00

✅ Asrama : RM 250,000.00

✅ Dewan : RM RM 100,000.00

✅ Surau : RM 60,000.00

✅ Van pelajar : RM 150,000.00

✅ Kos pembelajaran bulanan : RM 7,000.00

Bagaimana Saya Boleh Menyumbang?

Untuk menyumbang secara online, mohon klik butang di bawah 👇

Untuk Infaq/Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah :

𝗡𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗸𝗮𝘂𝗻: MADRASAH TAHFIZ DAN ALIMAH WARDATUL IMAN
𝗕𝗮𝗻𝗸 : MAYBANK
𝗔𝗰𝗰𝗼𝘂𝗻𝘁 𝗡𝗼 : 5630 6416 3782

Letakkan reference “INFAQ” untuk mudahkan pihak kami agihkan dana.


 Firman Allah SWT maksudnya : “Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan   tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas   (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui” – Surah Al Baqarah : 261 

NOTA

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2.. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Untuk info lanjut, boleh hubungi Ustazah Nabilah Zulkifli di +6014-6120119.